Acara merentas desa merupakan acara tahunan sekolah yang melibatkan
empat buah rumah sukan iaitu rumah Hang Tuah,rumah Hang Jebat,rumah Hang
Kasturi dan rumah Hang Lekir.Para peserta dilepaskan mengikut kategori
masing-masing iaitu bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.Para peserta
dilepaskan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ahmad,iaitu
Encik Jamaluddin bin Omar.
Jarak larian peserta berbeza mengikut kategori.Untuk kategori bawah 15
tahun,jarak larian adalah sejauh lima kilometer,manakala bawah 18 tahun
pula jarak larian adalah sejauh lapan kilometer.Setiap peserta yang
berlari dalam tempoh yang ditetapkan akan menyumbangkan mata untuk rumah
sukan masing-masing.
Setelah hampir satu jam berlangsung,para hakim bersiap sedia berada di
garisan penamat.Para hakim sibuk mengira markah yang dikumpul untuk
mencari rumah sukan yang bakal muncul juara acara merentas desa pada
tahun ini.
Para peserta berkumpul di hadapan astaka sekolah untuk upacara
penyampaian hadiah.Peserta-peserta yang mendapat tempat pertama hingga
kesepuluh telah diberi pingat kemenangan.Rumah Hang Kasturi telah
diumumkan sebagai juara keseluruhan acara merentas desapada tahun ini.
Acara merentas desa telah tamat pada pukul 12 tengah hari.Semangat
juang yang ditunjukkan oleh para peserta dalam acara merentas desa amat
tinggi dan patut diberikan pujian.
Disediakan oleh,
...........................................
(MOHD.FARID AMIRUL)
Setiausaha Ruamh Sukan,
SMK Tuanku Ahmad.
0 comments:
Post a Comment