Kampung
Tanjung Alir,
22000,
Jerteh,
Terengganu.
_____________________________________________________________________________
Pengurus
Pemasaran,
Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.,
64
& 66, Jalan Pingai,
80400,
Johor Bahru.
14 OKTOBER 1998
Tuan,
Memesan
Buku
Merujuk
kepada perkara di atas, saya Ummu Atiyah Bt. Abd. Fatah telah terbaca iklan
dalam akhbar tentang beberapa buah buku cerita terbitan syarikat tuan.
2. Sehubungan
itu, saya ingin memesan beberapa buah buku cerita tersebut seperti berikut :
Bil.
Judul Buku Kuantiti Harga
Seunit
1. Misteri
Kapal Tenggelam 1 RM 3.60
2. Misteri
Patung George 1 RM 3.60
3. Rahsia
Rumah Tua 2 RM 4.00
Jumlah RM 11.20
3. Sehubungan
dengan itu, saya sertakan kiriman wang pos bernombor 107 yang bernilai RM 11.20.
Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan hantaran buku tersebut. Kerjasama
daripada pihak tuan amat saya hargai.
Sekian,
terima kasih.
Yang
benar,
(
UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH )
Sebagai
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada
Guru Besar untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan ke pameran buku.
Persatuan
Bahasa Melayu,
Sekolah
Kebangsaan Darau,
22000,
Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Guru
Besar,
Sekolah
Kebangsaan Darau,
22000,
Jerteh,
Terengganu.
15 OKTOBER 1998
Tuan,
Memohon
Kebenaran Membuat Lawatan
Dengan
segala hormatnya di maklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan
Darau akan mengadakan lawatan ke pameran buku yang bertempat di Kampung Raja,
Besut.
2. Surat kebenaran
ibu bapa telah diedarkan dan sudah pun mendapat jawapannya. Sehubungan dengan
itu, kami ingin memohon kebenaran daripada tuan untuk ke pameran tersebut.
Untuk makluman
tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :
Tarikh : 17.10.1998
Masa : 10.00 pagi
Ahli : 21 orang termasuk 2 guru pengiring
Kerjasama
daripada tuan amat kami hargai.
Sekian,
terima kasih.
Yang
menjalankan tugas,
(
NORAINI BT. IBRAHIM )
Setiausaha,
Persatuan
Bahasa Melayu.
Andaikan bahawa anda diserang demam panas. Anda tidak
dapat hadir ke sekolah selama dua hari. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas
anda untuk memberitahunya keadaan anda.
Kampung
Awek,
22000,
Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Guru
kelas,
Tahun
6 kenanga,
Sekolah
Kebangsaan Darau,
22000,
Jerteh,
Terengganu.
20 OKTOBER 1998
Cikgu,
Tidak
Dapat Hadir Ke Sekolah
Berhubung dengan
perkara di atas, saya Habibah Bt. Ghazali murid Tahun 6 Kenanga ingin memaklumkan
bahawa saya tidak hadir ke sekolah kerana diserang demam panas.
2. Saya telah
pun mendapatkan rawatan doktor di salah sebuah klinik. Doktor menasihatkan saya
supaya berehat selama dua hari.
3. Bersama-sama
surat ini, saya sertakan surat akuan doktor untuk makluman dan tindakan cikgu.
Saya berharap agar cepat sembuh dan dapat datang semula ke sekolah seperti biasa.
Atas
perhatian dan kerjasama cikgu, saya dahului dengan ucapan
terima kasih.
Sekian.
Yang
benar,
( HABIBAH BT. GHAZALI
)
Kelab Sains
sekolah anda akan mengadakan lawatan ke Stesen Penyiaran TV3 di Sri Pentas.
Tuliskan sepucuk surat kepada pengarah stesen tersebut untuk memohon kebenaran.
Kelab
Sains,
Sekolah
Kebangsaan Darau,
22000,
Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Pengarah,
Stesen
Penyiaran TV3,
Sri
Pentas,
50164
Kuala Lumpur. 18
OKTOBER 1998
Tuan,
Memohon
Kebenaran Melawat Stesen Penyiaran TV3
Dengan segala hormatnya
dimaklumkan bahawa Kelab Sains Sekolah Kebangsaan Darau akan mengadakan lawatan
ke Stesen Penyiaran TV3 di Sri Pentas.
2. Lawatan
ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada murid-murid
tentang cara-cara penerbitan dan penyiaran rancangan-rancangan di TV3.Tambahan
pula televisyen merupakan satu alat komunikasi yang banyak memberi pengetahuan
kepada murid-murid.
3. Untuk makluman
tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :
Tarikh : 25.11.1998
Masa
: 10.30 pagi
Ahli : 39 orang termasuk 4 guru pengiring
4. Kami amat
berbesar hati sekiranya tuan dapat memberikan jawapan dengan segera. Kerjasama
daripada pihak tuan kami dahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang menjalankan
tugas,
(UMMU
ATIYAH BT. ABD. FATAH)
Setiausaha,
Kelab Sains.
Sebuah buku yang kamu pinjam dari perpustakaan sekolah
telah hilang. Tuliskan sepucuk surat kepada guru perpustakaan untuk menerangkan
sebab-sebab kamu tidak boleh memulangkan buku tersebut.
No.76, Kampung Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Guru Perpustakaan,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
17 OKtOBER 1998
Cikgu,
Buku
Hilang
Merujuk kepada
perkara di atas, saya Khushaima bt. Khairuddin murid Tahun 6 Kenanga ingin memaklumkan
bahawa buku yang saya pinjam pada 14 Oktober 1998 telah hilang.
2. Buku tersebut
berjudul ‘Menanti Hari Esok’ karya Naimah Haji Hassan. Saya meminjam buku tersebut
pada waktu rehat. Selepas itu, saya pergi makan di kantin. Setelah selesai makan,
barulah saya sedar buku yang saya letak di atas bangku telah hilang.
3. Saya akui
kehilangan buku itu berpunca daripada kecuaian diri saya sendiri. Saya memohon
maaf dan berjanji akan membayar ganti rugi atas kehilangan buku
tersebut.
Sekian untuk makluman cikgu. Terima kasih.
Yang benar,
(KHUSHAIMA BT. KHAIRUDIN)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment