Thursday 7 March 2013

contoh ucapan

0
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang dihormati Tuan Guru Besar, guru-guru dan seterusnya rakan-rakan sekalian.Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis yang mulia ini.Hadirin sekalian,Sebagaimana yang kita maklum Hari Guru disambut pada 16 Mei 1997 Perayaan yang seumpama ini disambutsetiap tahun. Tujuan perayaan ini adalah untuk mengenang dan menghargai jasa serta bakti guru-guru selama ini.Pengorbanan guru terhadap kita besar sekali. Tanpa guru , kita sudah tentu susah untuk mendapatkan pelajran danpengajaran dengan sempurna. Guru ibaratkan sebagai sebatang lilin yang sanggup membakar diri demi murid-muridnya.Oleh itu jasa guru patutlah dikenang dan disanjung tinggi.Guru adalah seperti ibu bapa kita sendiri . Mereka membimbing dan mendidik kita supaya menjadi orang yangberguna. Oleh itu marilah kita semua belajar dengan bersungguh-sungguh agar tidak menghampakan harapan mereka.Hadirin sekalianTerima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah mengajar , mengasuh dan mendidik kami tanpa jemu.Akhir sekali, kami meminta ampun di atas segala kesilapan yang dilakukan oleh kami selama ini. Sekali lagi saya ucapkanselamat menyambut Hari Guru.Sekian, terima kasih
Read More

contoh karangan tidak rasmi

0
Read More

contoh karangan jenis surat kiriman rasmi

0
Kampung Tanjung Alir,
22000, Jerteh,
Terengganu.
_____________________________________________________________________________
Pengurus Pemasaran,
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,
64 & 66, Jalan Pingai,
80400, Johor Bahru.                                                            14 OKTOBER 1998
Tuan,
Memesan Buku
Merujuk kepada perkara di atas, saya Ummu Atiyah Bt. Abd. Fatah telah terbaca iklan dalam akhbar tentang beberapa buah buku cerita terbitan syarikat tuan.
2.     Sehubungan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku cerita tersebut seperti berikut :
   
     Bil.     Judul Buku                                  Kuantiti                   Harga Seunit
      1.      Misteri Kapal Tenggelam                 1                          RM 3.60
      2.      Misteri Patung George                    1                          RM 3.60
      3.      Rahsia Rumah Tua                         2                          RM 4.00  
                                                                Jumlah                     RM 11.20  
3.     Sehubungan dengan itu, saya sertakan kiriman wang pos bernombor 107 yang bernilai RM 11.20. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan hantaran buku tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
( UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH )
Sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada Guru Besar untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan ke pameran buku.
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.                                                                            15 OKTOBER 1998             
Tuan,
Memohon Kebenaran Membuat Lawatan
Dengan segala hormatnya di maklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Darau akan mengadakan lawatan ke pameran buku yang bertempat di Kampung Raja, Besut.
2.     Surat kebenaran ibu bapa telah diedarkan  dan sudah pun  mendapat jawapannya. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kebenaran daripada tuan untuk ke pameran tersebut.
 
  Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :
                        Tarikh : 17.10.1998
                        Masa   : 10.00 pagi
                        Ahli     : 21 orang termasuk 2 guru pengiring                                         
Kerjasama daripada tuan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
( NORAINI BT. IBRAHIM )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu.
             
Andaikan bahawa anda diserang demam panas. Anda tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas anda untuk memberitahunya keadaan anda.
Kampung Awek,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Guru kelas,
Tahun 6 kenanga,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.                                                                           20 OKTOBER  1998              
Cikgu,
Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah
Berhubung dengan perkara di atas, saya Habibah Bt. Ghazali murid Tahun 6 Kenanga ingin memaklumkan bahawa saya tidak hadir ke sekolah kerana diserang demam panas.  
2.     Saya telah pun mendapatkan rawatan doktor di salah sebuah klinik. Doktor menasihatkan saya supaya berehat selama dua hari.
3.     Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat akuan doktor untuk makluman dan tindakan cikgu. Saya berharap agar cepat sembuh dan dapat datang semula ke sekolah seperti biasa.  
Atas perhatian dan kerjasama cikgu, saya dahului dengan ucapan
terima kasih.        
Sekian.
Yang benar,
( HABIBAH BT. GHAZALI ) 
Kelab Sains sekolah anda akan mengadakan  lawatan ke Stesen Penyiaran TV3 di Sri Pentas. Tuliskan sepucuk surat kepada pengarah stesen tersebut untuk memohon kebenaran.
Kelab Sains,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Pengarah,
Stesen Penyiaran TV3,
Sri Pentas,
50164 Kuala Lumpur.                                                                18 OKTOBER 1998
Tuan,                                                   
Memohon Kebenaran Melawat Stesen Penyiaran TV3
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Sains Sekolah Kebangsaan Darau akan mengadakan lawatan ke Stesen Penyiaran TV3 di Sri Pentas.                  
2.     Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada murid-murid tentang cara-cara penerbitan dan penyiaran rancangan-rancangan di TV3.Tambahan pula televisyen merupakan satu alat komunikasi yang banyak memberi pengetahuan kepada murid-murid.
    
3.     Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :                      
                          Tarikh : 25.11.1998
                          Masa  : 10.30 pagi
                          Ahli     : 39 orang termasuk 4 guru pengiring                                    
4.     Kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberikan jawapan dengan segera. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ribuan terima kasih.       
Sekian.                            

Yang menjalankan tugas,           
(UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH)
Setiausaha,
Kelab Sains.    
Sebuah buku yang kamu pinjam dari perpustakaan sekolah telah hilang. Tuliskan sepucuk surat kepada guru perpustakaan untuk menerangkan sebab-sebab kamu tidak boleh memulangkan buku tersebut.
No.76, Kampung Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Guru Perpustakaan,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.                                                                             17 OKtOBER 1998
                     
Cikgu,
Buku Hilang
Merujuk kepada perkara di atas, saya Khushaima bt. Khairuddin murid Tahun 6 Kenanga ingin memaklumkan bahawa buku yang saya pinjam pada 14 Oktober 1998 telah hilang.    
2.     Buku tersebut berjudul ‘Menanti Hari Esok’ karya Naimah Haji Hassan. Saya meminjam buku tersebut pada waktu rehat. Selepas itu, saya pergi makan di kantin. Setelah selesai makan, barulah saya sedar buku yang saya letak di atas bangku telah hilang.        
3.     Saya akui kehilangan buku itu berpunca daripada kecuaian diri saya sendiri. Saya memohon maaf dan berjanji akan membayar ganti rugi atas kehilangan buku
tersebut.
Sekian untuk makluman cikgu. Terima kasih.
Yang benar,
(KHUSHAIMA BT. KHAIRUDIN)
Read More

karangan jenis catatan

0

Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Sekolah Kebangsaan Seri Kundang
Sabtu, 5 November 2011
7:30 pagi :  Seramai 40 orang ahli pengakap berserta lima orang guru berkumpul di  Dataran Cemerlang.Setelah itu, mereka menaiki bas ke destinasi perkhemahan.
9:30 pagi  :Peserta tiba di Taman Cahaya Seri Alam, Shah Alam.  Seterusnya mereka ke  tapak perkhemahan untuk membina khemah dan memasak makanan.
2.00 petang: Sesi kembara bermula. Peserta terpaksa merentasi sungai dan mendaki bukit selain meredah hutan yang dipenuhi onak dan pacat.  Sesi ini berakhir pada pukul 6.00 petang.
9.00 malam: Aktiviti malam kebudayaan berlangsung.  Antara aktivitinya berupa sketsa, nyanyian, lawak jenaka dan tarian.  Persembahan  yang dihakimi guru-guru pengiring ini berakhir pada pukul 11.00 malam.

Ahad, 6 November 2011
8.00 pagi  :  Para peserta mengikuti latihan kawat kaki serta pertandingan ikatan dan simpulan.  Acara berikutnya ialah mencari harta karun di sekitar tapak perkhemahan.
2.00 petang:Upacara perasmian penutup majlis dilakukan oleh guru besar.  Selanjutnya, diadakan pula sesi penyampaian hadiah diikuti majlis jamuan. Para peserta pulang pada  pukul 4.30 petang dalam suasana yang ceria meskipun keletihan.
Nota :
kembara       -  menjelajah / meredah hutan
merentasi     -  melintasi
meredah       -  mengharungi
onak              -  akar menjalar yang berduri
pacat            -  haiwan kecil penghisap darah
sketsa          -  lakonan pendek
Read More

karangan jenis laporan

0
Pada 14 Mac 2010 yang lalu,acara merentas desa peringkat sekolah telah berlangsung.Acara ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ahmad pada pukul 8.00 pagi.
   Acara merentas desa merupakan acara tahunan sekolah yang melibatkan empat buah rumah sukan iaitu rumah Hang Tuah,rumah Hang Jebat,rumah Hang Kasturi dan rumah Hang Lekir.Para peserta dilepaskan mengikut kategori masing-masing iaitu bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.Para peserta dilepaskan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ahmad,iaitu Encik Jamaluddin bin Omar.
   Jarak larian peserta berbeza mengikut kategori.Untuk kategori bawah 15 tahun,jarak larian adalah sejauh lima kilometer,manakala bawah 18 tahun pula jarak larian adalah sejauh lapan kilometer.Setiap peserta yang berlari dalam tempoh yang ditetapkan akan menyumbangkan mata untuk rumah sukan masing-masing.
   Setelah hampir satu jam berlangsung,para hakim bersiap sedia berada di garisan penamat.Para hakim sibuk mengira markah yang dikumpul untuk mencari rumah sukan yang bakal muncul juara acara merentas desa pada tahun ini.
   Para peserta berkumpul di hadapan astaka sekolah untuk upacara penyampaian hadiah.Peserta-peserta yang mendapat tempat pertama hingga kesepuluh telah diberi pingat kemenangan.Rumah Hang Kasturi telah diumumkan sebagai juara keseluruhan acara merentas desapada tahun ini.
   Acara merentas desa telah tamat pada pukul 12 tengah hari.Semangat juang yang ditunjukkan oleh para peserta dalam acara merentas desa amat tinggi dan patut diberikan pujian.
Disediakan oleh,
...........................................
(MOHD.FARID AMIRUL)
Setiausaha Ruamh Sukan,
SMK Tuanku Ahmad.
Read More

karangan auto biografi

0
Aku berasal dari ‘Negara Matahari Terbit’. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan plastik.

Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan-kawanku yang lain dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.

Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.

Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.

Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.
Read More